Resepi BISKUT CUPPUCINO/KOPI

 Dihantar Oleh Pada 03 September, 2010
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: lebih kurang 150 biji @ lebih ikut saiz
Description

ringkas tanpa telur. Saya simpan resepi ni dah bertahun baru thn ni buat & rasanya sedap..kalau ada yg sama maafla yea..saje kongsi..

Share:
Bahan-bahan
  • 10 gm serbuk kopi,saya guna kopi kapal api..*Kalau ada kopi segera eloklah, nak boh esen kopi pun ok..
  • 10 ml air panas
  • 150 gm tepung gandum
  • 115 gm tepung jagung
  • 15 gm serbuk koko
  • 225 gm mentega
  • 50 gm gula kastor
  • Hiasan : coklat masakan & coklat masakan putih
Cara-cara
  1. Bancuh kopi di dlm air panas. Ketepikan & biar sejuk

  2. Ayak tepung gandum, tepung jagung & serbuk koko..ketepikan

  3. Putar mentega & gula hingga kembang & lembut.

  4. Masukkan bancuhan kopi & kacau, kemudian masukkan tepung & bhn ayak tadi.(kopi tak perlu tapis pun takpe)

  5. Kacau rata..bentukkan..

  6. Gunakan piping bag, paipkan di atas dulang yang dilenserkan dgn mentega.

  7. Boleh juga bulat-bulatkan macam saya buat tu, kemudian tekan dengan dasar cawan & dialas dgn plastik bagi leper skt.

  8. Nak paipkan ke dalam paper cup pon blh juga..lg senang kan?

  9. Bakar sampai masak bergantung kepada oven masing2, saya guna 150'C selama 15 mint je & sejukkan sebelum dihias dengan coklat masakan.

  10. Untuk Hiasan : Cairkan coklat secara berasingan(double boil) & paipkan atas biskut berselang2...buat coklat putih dulu

  11. Biar coklat keras baru disimpan..selamat mencuba

Komen