Resepi Biskut Aiskrim

 Dihantar Oleh Pada 24 August, 2010
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 140 keping
Description

lg satu biskut wajib setiap kali raya, kegemaran anak anak!

Share:
Bahan-bahan
  • 260gm mentega
  • 120gm gula ising
  • 1/8 sk pewarna kuning telur
  • 320gm tepung gandum
  • 40gm tepung jagung
  • 40gm tepung kentang
  • 20gm tepung kastard
  • 1/2 sk serbuk penaik
  • 50gm gajus - panggang dan kisar
  • hiasan - coklat masakan dan manik urai
Cara-cara
  1. pukul mentega, gula ising dan pewarna kuning telur hingga kembang

  2. masukkan tepung gandum, tepung jagung, tepung kentang, tepung kastard dan serbuk penaik, gaul sebati hingga menjadi doh

  3. rehatkan doh selama 15 minit, canai dan terap dgn acuan aiskrim dan bakar

  4. sejukkan biskut, celupkan kedlm coklat masakan yg telah dicairkan dan hiaskan dgn manik urai.

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua