Dihantar Oleh Pada 08 August, 2010
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: loyang 9x6 inc./ 8x8 inc.
Description

Kek lapis yang tak banyak menggunakan telur...Selamat mencuba dan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak untuk semua... :)

Share:
Bahan-bahan
  • 280 g mentega
  • 100 g gula halus
  • 7 biji telur (ambil 5 biji putih telur)
  • 1/2 - 3/4 cawan isi durian
  • 45 g susu sejat
  • 140 g tepung gandum*
  • 35 g tepung jagung* (*ayak bersama)
  • 1/2 sk esen durian (opt)
  • 100 g gula halus (untuk dipukul bersama putih telur)
Cara-cara
  1. Loyang dialas kertas dan disapu mentega pada dasarnya saja.Panaskan oven pada suhu 160C.

  2. Pukul mentega bersama gula halus hingga sebati.Masukkan kunig telur satu-persatu dan terus pukul hingga kembang.Campurkan isi durian,susu dan pukul ratsebati lagi.Masukkan campuran tepung dan kacau rata dan ketepikan.

  3. Dalam mangkuk berasingan,pukul putih telur hingga 1/2 kembang dan masukkan gula halus dan pukul terus hingga kaku.

  4. Masukkan adunan putih telur kedalam (2) sedikit2 dan kaup-balikkan adunan perlahan2 dengan senduk kayu atau spatula hingga sebati.

  5. Bubuh 5 sudu besar adunan dan ratakan.Bakar selapis2 menggunakan api grill.

  6. Grill setiap lapis hingga kecoklatan dan untuk lapisan terakhir bakar dengan api bawah sahaja pada suhu 160C selama 20 min atau hingga permukaan kek lapis kecoklatan.

  7. Sejukkan kek atas redai sebelum dipotong dan disajikan.