Resepi ?Lapis CitraWarna Kukusâ„¢

 Dihantar Oleh Pada 17 July, 2010
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: loyang 9x6 inc./ 8x8 inc.
Description

Sesuai dihidang bila2 masa...gandakan adunan untuk mendapatkan lapisan yang lebih banyak dan tinggi dengan menggunakan loyang yang sama...

Share:
Bahan-bahan
  • 5 biji telur - A (asingkan putih dan kuning telur)
  • 2 sb susu manis
  • 1 sk baking powder
  • 150 g mentega
  • 100 g gula halus
  • 100 g tepung gandum - diayak
  • 1 sk esen vanilla
  • pewarna hijau,merah,kuning dan lain2
Cara-cara
  1. Mentega dan susu dipukul hingga kembang dan ketepikan.

    open-uri20151010-29872-1ckxhy7
  2. Pukul putih telur hingga separuh kembang dan masukkan gula dan baking powder dan pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang.Masukkan kuning telur sebiji2 dan esen vanilla sambil terus dipukul.

    open-uri20151010-29872-1l19dpa
  3. Masukkan campuran mentega dan kacau dengan spatula/senduk hingga rata.

    open-uri20151010-29872-8egv4o
  4. Masukkan pula tepung dan kaup-balikkan adunan hingga sebati.

    open-uri20151010-29872-16nexz4
  5. Bahagikan adunan kepada 4-5 bahagian dan warnakan.Kukus adunan selapis2 berselang-seli warna di dalam loyang yang telah dialas kertas dan digris dasarnya sahaja.Kukus 5 min. setiap lapis dan 15-20 min. bagi lapisan yang terakhir.

    open-uri20151010-29872-2reqi2
  6. Sejukkan kek,potong dan hidangkan.