Dihantar Oleh Pada 23 February, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1-2 org
Description

Boleh juga ditambahkan buah yang sesuai.. seperti mangga, jambu dan ikut selera..

Share:
Bahan-bahan
  • Bahan A:
  • Nenas
  • Sengkuang
  • Timun
  • Epal hijau
  • Bunga kantan (jika suka)
  • Kangkung - dicelur sebentar
  • Tauge - dicelur sebentar
  • Bahan B:
  • 2 sudu besar petis
  • 1½-2 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu besar gula hitam
  • Cili kisar - ikut kepedasan masing-masing
  • Sedikit belacan yang dibakar
  • Sedikit air asam pekat
  • Garam jika perlu
  • Kacang tanah - digoreng dan ditumbuk kasar
Cara-cara
  1. Masukkan petis, cili kisar, gula pasir, gula hitam dalam sebuah bekas. Kacau hingga gula pasir hancur.

  2. Setelah gula hancur, tambahkan air asam. Kacau rata. Masukkan sedikit kacang. Digaul lagi.

  3. Hiris bahan A ke dalam no.2 tadi. Gaul rata.

  4. Boleh la dihidangkan. Taburlah sedikit kacang tumbuk di atas rojak itu tadi. Seeloknya makan serta-merta untuk mengelakkan daripada berair.

  5. ***Saya guna bekas biase sebab takde bekas khas untuk menggaul rojak. Rojak ni terpulang pade citarasa masing-masing. Boleh ditambah atau dikurangkan bahan-bahannya.