Dihantar Oleh Pada 21 May, 2010
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Loyang 9" empat segi
Description

aneka puding

Share:
Bahan-bahan
  • Bahan A 300ml air 60gm gula kastor 8gm (1/2 sudu besar) serbuk agar-agar
  • Bahan B Sedikit perwarna merah, kuning, ungu
  • Bahan C 100gm cincau (potong dadu) 100gm cendol 80gm sago berwarna merah (masak dgn air yg banyak, toskan)
  • Bahan D
  • 1200ml santan cair atau (400ml santan pekat + 800ml air)
  • 20gm (2 sudu besar) serbuk agar-agar
  • 300gm gula
  • 1/8 sdt garam
  • Bahan E (campurkan) 100ml air, 80gm tepung kacang hijau
  • Jika suka lebih bersantan, kurangkan air dan tambahkan sukatan santannya
Cara-cara
  1. Masakkan bahan A sehingga serbuk agar-agar larut. Bahagikan kpd 3 bahagian, masukkan perwarna di setiap bahagian yg berasingan drp bahan B. Seteleh agar2 beku, potong dadu. Ketepikan.

  2. Masakkan bahan D sehingga serbuk agar-agar larut. Masukkan bahan E. Masak sekejap sehingga mendidih, alihkan daripada api. Bahagikan kpd tiga bahagian. Satu bahagian diletakan cincau dan jeli merah yg dipotong dadu. Bahagian kedua tambahkan cendol dan jeli ungu yg dipotong dadu. Bahagian ketiga masukkan sago merah dan jeli kuning yg dipotong dadu.

  3. Tuangkan no. (2) selapis demi selapis ke dalam acuan. Biarkan setiap lapisan pejal dahulu sebelum masukkan lapisan yg seterusnya.

  4. Dalam gambar kakwan menggunakan loyang 8" jadi lapisannya agak tebal sedikit.

    open-uri20151010-29872-72wvcj
Komen