Dihantar Oleh Pada 21 February, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 12-16 biji
Description

Senang nak buat, boleh buat dengan kanak-kanak.

Share:
Bahan-bahan
  • 1½ cawan tepung naik sendiri
  • ½ cawan gula halus
  • ¾ sudu kecil 'baking soda'
  • ½ sudu kecil buah pala
  • ¼ sudu kecil serbuk kayu manis
  • Secubit garam
  • 1 cawan lobak merah yang diparut
  • 2 biji telur
  • ¾ cawan minyak masak
  • ½ cawan walnut dicincang
  • Inti krim keju:
  • 2 cawan (160g) gula aising
  • 120g krim keju
  • 1 sudu kecil 'lemon butter' atau kulit lemon yang diparut
  • Lobak Merah (hiasan):
  • Boleh guna marzipan atau fondant.
Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 180C. Lapiskan loyang muffin dengan cawan kertas, diketepikan.

  2. Ayak dan masukkan semua bahan kering kecuali walnut ke dalam mangkuk besar.

  3. Masukkan lobak merah, telur dan minyak. Pukul sehingga sebati. Masukkan walnut dan kacau sehingga rata.

  4. Isikan cawan kertas tadi dengan adunan, 3/4 penuh. Bakar selama 20-25 minit.

  5. Sementara itu, sediakan inti krim keju. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau sehingga berkrim.

  6. Bila kek cawan dah sejuk, sapu 1 sudu besar inti krim keju ke atas kek, letak satu lobak merah yang dibuat dengan fondan atau marzipan.