Resepi Fruit Flan Cakes

 Dihantar Oleh Pada 30 April, 2010
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Loyang 7" bulat
Description

Kek dengan coktail dan buah-buahan segar

Share:
Bahan-bahan
  • Bahan kek sponge
  • 180gm sponge mix
  • 3 biji telur Gred A
  • 45ml susu segar/air
  • 1 tsp esen vanila
  • 45gm mentega cair/minyak jagung
  • Filing 200gm whip cream, 1 tin sedang fruit coktail (asingkan sirapnya)
  • Hiasan Buah strawberry, kiwi, anggur, peach (ikut suka) decogel untuk di sapu, Hirisan badam (dibakar terlebih dahulu)
  • atau mana2 resipi kek sponge dri myresipi
Cara-cara
  1. Kek Sponge : Panaskan oven pada suhu 180C. Alas loyang 7" dengan kertas minyak.

  2. Satukan semua bahan kek kecuali mentega cair, pukul dengan kelajuan tinggi hingga bertanduk. Tukar kepada speed rendah dan masukkan mentega cair, putar hingga rata.

  3. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 35-45 minit. Angkat dan telengkupkan di atas redai. Sejukkan dan potong kek kepada 3 bahagian.

  4. Pukul whip cream hingga kembang.

  5. Lapisan Atas : Ambil satu lapisan kek, sapukan dengan whip cream hingga rata, di ikuti dengan fruit coktail (buah sahaja) di atasnya. Lapiskan sekali lagi dengan whip cream di atasnya hingga rata.

  6. Untuk lapisan kedua : Ambil satu lapisan kek dan ulangi langkah 5 hingga habis.

  7. Untuk lapisan terakhir, sapukan seluruh kek dengan whip cream. Lapisi badan kek dengan hirisan almond.

  8. Atur buah-buahan segar sebagai hiasan mengikut citarasa.

    open-uri20151010-29872-hnabva
Tags 
  •   kek
  • Komen