Dihantar Oleh Pada 21 February, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 6 orang
Description

Khas dari dapur Cina Peranakan.

Share:
Bahan-bahan
  • 1 biji nenas madu, kupas, belah 4, buang empulur dan kerat 1/2 inci tebal
  • 3 ekor ikan kembung rebus, buang perut dan kerat dua (kalau ikan besar)
  • 1 helai daun kunyit, dikoyakkan
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji kelapa, diparut
  • 7 biji bawang merah kecil*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3 biji cili merah*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 3 biji buah keras*
  • 1 keping nipis hirisan lengkuas*
  • 1/2 inci belacan*
  • (*dikisar halus)
Cara-cara
  1. Tuang 1 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah santan pekat dalam satu bekas. Ketepikan. Tuang air 2 cawan lagi dan ramas, perah dalam bekas lain untuk santan no. 2. Ketepikan..

  2. Dalam periuk, masukkan nenas yang telah dipotong bersama bahan kisar, gaul rempah dan nenas hingga rata dan tenggekkan di atas dapur, masak dengan api perlahan untuk 2 - 3 minit.

  3. Masukkan santan no.2, biarkan mendidih. Masukkan ikan kembung rebus, asam gelugor dan daun kunyit yang telah dikoyakkan tadi.

  4. Bila mendidih perlahankan api dan tuang santan pekat. Perasakan dengan garam dan gula (jika perlu). Biarkan merenih kurang lebih seminit dua. Matikan api dan boleh dihidangkan bersama lauk pauk sampingan.