Resepi Kek Chiffon Pandan

 Dihantar Oleh Pada 18 February, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 6 orng..
Description

Resepi dr mak saye..Insya-Allah, sedap... Gambar daripada laporan masakan oleh umi_e.

Share:
Bahan-bahan
  • Bahan A:
  • 6 biji kuning telur
  • 2/3 cawan minyak Mazola
  • 2/3 cawan santan dari ½ biji kelapa
  • ½ sudu teh garam
  • 1 cawan gula pasir
  • pewarna hijau (pandan)-banyak mane ikut suke
  • 2 cawan tepung diayak bersama 2 sudu teh baking powder
  • Bahan B:
  • 6 biji putih telur
  • 2/3 cawan gula pasir
  • 1 penutup cream of tar tar
Cara-cara
  1. Bahan (A): 1. Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau. ( tak perlu kembang, sebati je dah cukup)2.Masukkan pewarna hijau, minyak & santan. Kacau. 3.Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder). 4.Ketepikan

  2. Bahan (B): 1.Pukul putih telur sehingga menjadi buih sabun. 2.Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang. 3.Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga jika diterbalikkan adunan tak jatuh.

  3. Last sekali, masukkan bahan B ke dalam bahan A dan bakar.