Resepi Kek Butter Moist

 Dihantar Oleh Pada 17 April, 2010
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Sebiji kek 1 kg
Description

Kek butter yg lembab dan sedap..boleh dibuat pelbagai perisa...

Share:
Bahan-bahan
  • 1 cawan / 225gm butter
  • 1/2 cawan / 100gm gula
  • 5 biji telur
  • 1 cawan / 250ml susu pekat
  • 1/2 cawan / 125ml susu segar/uht
  • 2 cawan / 200gm tepung gandum/tepung naik sendiri
  • 1 sudu teh baking powder (tidak perlu jika menggunakan tpg naik sendiri)
  • 2 sudu besar oren/strawberry/pandan emulco
Cara-cara
  1. Pukul butter dan gula hingga kembang dan berwarna putih.

  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi.

  3. Masukkan susu pekat dan susu segar. Kemudian masukkan tepung dan gaul hingga sebati, x perlu pukul.

  4. Akhir sekali masukkan perasa yg di kehendaki. Saya buat strawberry dan oren..mmg sedap.

    open-uri20151010-29872-1kzbd2l
  5. Masukkan kedlm loyang bergris dan bakar dengan suhu yg rendah 150 - 160 c selama 40-45min..bergantung kpd oven masing2.

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua