Dihantar Oleh Pada 18 February, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: untuk 150-200 biji tart nenas
Description

Kebetulan saya pun buat juga... jadi saya letakkan cara buat intinya sahaja sebab junjs11 dah bagi cara buat kuih tat nenas ni...

Share:
Bahan-bahan
  • 2 tin nenas (satu tin lebih kurang 250g)
  • 250gm gula
  • Sedikit pewarna kuning (ikut suka warna yang disukai)
  • *** bahan inti di sini tidak gunakan nenas segar sebab saya rasa guna nenas dalam tin lebih mudah dan cepat... lagipun kita di rantau ni nenas segar susah nak dapat dan mahal pulak...
Cara-cara
  1. Keluarkan nenas dari dalam tin dan kisar bersama air nya sekali. Kemudian tapiskan nenas yang telah dikisar tadi - ketepikan air dan bolehlah dibuat jus nenas ;)

    data.jpeg
  2. Masukkan nenas yang telah ditapis ke dalam periuk dan campurkan dengan gula.

    data.jpeg
  3. Masakkan di atas api perlahan dan sering dikacau (takut hangit).

    open-uri20151010-29872-13snwjg
  4. Setelah inti agak kering, masukkan sedikit pewarna kuning atau apa-apa warna yang disukai.

    open-uri20151010-29872-12ene96
  5. Kacau inti sehingga warna rata dan terus kacau sehingga adunan likat.

    open-uri20151010-29872-1p36cnd
  6. Jika inti telah agak kental (terasa berat sedikit jika dikacau) bolehlah dimatikan api dan disejukkan sebelum digunakan untuk buat kuih tat nenas.

    open-uri20151010-29872-1xow0wj
  7. *** Saya pernah buat inti nenas ini dan simpan dalam peti sejuk selama lebih 3 bulan! >>> Simpan dalam bekas yang betul-betul kedap udara >>> masa musim sejuk pernah tak letak dalam peti dan inti bertahan sampai saya buat lagi (buat untuk raya puasa dan guna lagi masa raya haji hehehehe).