Dihantar Oleh Pada 18 February, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 5-6 orang
Description

Sesuai dimakan bila-bila masa.. dengan lauk kesukaan masing-masing.

Share:
Bahan-bahan
  • 1 tin jagung (yang berbiji-biji) - ditoskan airnye
  • 4 cawan beras basmathi
  • 4 cawan air (campuran air biasa + air jagung)
  • ½ cawan susu cair
  • ½ cawan gajus/badam yang telah dikisar
  • 2 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • Sedikit halia*
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar minyak
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • Sedikit garam
  • Kisar bahan yang bertanda *
Cara-cara
  1. Basuh beras hingga bersih. Rendam lebih kurang 20-30 minit.

  2. Panaskan mentega dan minyak dalam periuk. Kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia yang telah dikisar. Tumis hingga wangi dan garing.

  3. Masukkan campuran air dan daun pandan serta garam. Didihkan.

  4. Setelah mendidih, masukkan susu, gajus/badam yang dikisar dan beras. Kacau rata dan didihkan lagi.

  5. Setelah nasi hampir kering, masukkan jagung. Balik-balikkan nasi dan tutup periuk. Kecilkan apinya dan masaklah hingga tanak.

  6. ***Kalau tak suke jagung, boleh digantikan dengan sayur campur. Hidanglah nasi dengan bawang goreng, kismis atau badam/gajus yang telah digoreng dulu.