Dihantar Oleh Pada 02 April, 2010
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3 bekas alum. 8x4 inc.
Description

Dengan kepingan lasagna buatan sendiri...dan bahan2 yg telah diubah-suai ikut selera...enak dimakan beramai2 dan disajikan panas2...

Share:
Bahan-bahan
  • KULIT LASAGNA KENTANG :-
  • 100 g kentang - kupas, kukus lembut dan lecek
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 300 ml susu segar
  • 2 biji telur
  • 1/2 sk garam
  • 2 sb mentega cair/minyak
  • SOS MERAH :-
  • 1 botol sos spaghetti pilihan (dimasak dan sejukkan)
  • SOS PUTIH (CHEESE SAUCE) :-
  • 50 g mentega
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 500 ml susu segar
  • 125 g keju cheddar - parut
  • 1/4 sk serbuk lada putih
  • 1/4 sk serbuk pala
  • SOS DAGING :-
  • 500 g daging cincang
  • 1 biji bawang bombay - cincang
  • 4 ulas bawang putih - cincang
  • 1 sk sebuk lada hitam
  • 2 sk oregano
  • 2 sk daun parsley
  • BAHAN TABURAN :-
  • 180 g keju cheddar - parut
  • 50 g keju mozarella - parut
Cara-cara
  1. Satukan bahan2 kulit lasagna dan kisar halus.Biarkn 1/2 jam.Buat seperti dadar.

    open-uri20151010-29872-1p4viev
  2. Untuk daging,panaskan minyak dan tumis bawang,masukkan daging cincang dan masak sampai daging berubah warna.Bubuh 4 sb sos merah dan bahan2 lain dan masukkan 2 sb tepung gandum sebagai pemekat.Sejukkan.

    open-uri20151010-29872-1ypljdc
  3. Untuk sos puith..cairkan mentega dlm periuk dan masukkan tepung,kacau rata dan tuangkn susu sedikit2 dan masukkan keju parut dan kacau hingga pekat.Sejukkan.

    open-uri20151010-29872-1rvcz80
  4. Cara Penyediaannye...loyang alum. disapu mentega keliling dan bubuh 2 sb sos merah dan ratakan.

    open-uri20151010-29872-zuqth0
  5. Ambil sekeping kulit yang didadar,sapu dgn sedikit sos merah,bubuh daging dan ratakan.Perlahan2 digulung dan susun kedalam loyang alum.Ulang lagi dan susun gulungan lasagna bersebelahan dgn bahagian hujung gulungan dibubuh dibahagian bawah.

    open-uri20151010-29872-1ikxvqq
  6. Sapukan permukaan gulungan lasagna dgn sos merah,tabur dgn 1/2 keju parut diatasnya.

    open-uri20151010-29872-hje5mq
  7. Tuang pula sos putih di atas (6) rata2 dan tabur lagi dengan lebihan keju parut dn juga keju mozarella.

    open-uri20151010-29872-1up1ge6
  8. Bakar didalam oven selama 1/2 jam pd suhu 175C atau hingga permukaan lasagna garing.

    open-uri20151010-29872-1uoscio
  9. Siap untuk disajikan panas2.

    open-uri20151010-29872-b8842h
  10. ***Jikalau tidak ingin membuat kulit lasagna sendiri boleh juga menggunakan instant lasagna sheet,dilembutkan ikut peraturan pd bungkusannya dan teruskan dgn cara2 dalam step (5)...kalau anak2 akak lebih suka kulit lasagna yg dibuat sendiri...Selamat Mencuba... :)

    open-uri20151010-29872-12sg8jz
  11. Gamabr yg sepatutnya berada di step (6) setelah lasagna habis digulung dan disusun dlm loyang.... :)

    open-uri20151010-29872-1w3x7s7