Resepi Mi Bandung

 Dihantar Oleh Pada 13 March, 2010
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 6-7 orang
Description

resepi dari buku resepi, sekarang dah tak guna buku resepi...main campak2, agak2 je...mula balik menyukat utk panduan anak2 yg nak mula belajar memasak

Share:
Bahan-bahan
  • 600 g mee kuning
  • bahan kisar: 5 biji cili kering, 3 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, sejemput ikan bilis
  • 2 sudu makan tepung jagung, dibancuh dengan 1/2 cawan air.
  • 3/4 liter air
  • 200 g isi ayam dipotong kecil
  • 200g bebola ikan
  • 3 keping tahu
  • 1 pokok sawi
  • 2 sudu tomato puri
  • garam dan serbuk perasa secukup rasa
  • 1 sudu teh asam jawa dibancuh dengan 1/2 cawan air.
  • 2 sudu makan gula
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 3 biji telur
Cara-cara
  1. celur mi dan masukkkan ke dalam bekas menghidang

  2. panas kan minyak, tumis bahan kisar hingga naik baunya

  3. masukkan bancuhan tepung jagung, air asam jawa, garam, gula, tomato puri, ayam dan bebola ikan. rasa garam gulanya.

  4. pecahkan telur ke dalam kuah mi.

  5. akhir sekali masukkan hirisan sawi.

  6. tuangkan kuah ke dalam mangkuk mi. Hidangkan. Tuburkan daun bawang dan daun sop jika suka.

Resipi berkaitanLihat Semua
Komen