Dihantar Oleh Pada 15 February, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: satu ekor ayam
Description

Ayam percik.

Share:
Bahan-bahan
  • Satu ekor ayam, dibelah 4
  • Perapan - ditumbuk:
  • 2 @ 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Satu inci halia
  • Sedikit serbuk jintan manis
  • Sedikit serbuk jintan putih
  • Garam
  • Bahan kuah percik:
  • *sebiji bawang besar (kulit kuning)
  • *4@5 biji bawang merah
  • *7-10 tangkai cili kering
  • *satu inci halia
  • *sedikit belacan
  • 1 keping asam keping
  • 4 -5 batang serai - diketuk
  • Santan diambil dari setengah biji kelapa
  • 1 sudu makan tepung beras
  • Secubit serbuk perasa
  • Sepotong gula melaka
  • Garam, gula
Cara-cara
  1. Ayam dibersihkan. Lumurkan dengan bahan perap. Perap ayam sekurang-kurangnya untuk setengah jam (lagi lama lagi baik).

  2. Untuk membuat kuah percik, kisar bahan bertanda *.

  3. Setelah itu, bahan kisar hendaklah ditumis dengan sedikit minyak hingga garing (kalau tak mahu tumis pun tak ape).

  4. Sesudah garing, bolehlah dimasukkan santan, ayam yang telah diperap, asam keping, serai, dan semua sekali.

  5. Masak hingga mendidih dan biarkan ayam masak.

  6. Sekatakan rasa masam, masin dan manis. Kalau suka bolehlah ditambahkan sedikit gula.

  7. Masak hingga kuah pekat.

  8. Bila dah siap, tutup api. Asingkan ayam daripada kuah.

  9. Bakar ayam untuk seketika. Letakkan sedikit kuah pada ayam waktu membakar. Ulangi proses tersebut untuk 2 @ 3 kali. Bolehlah dihidangkan.

Komen