Dihantar Oleh Pada 15 February, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 orang
Description

Resipi dari internet cari.com (sumbangan Cranko)... ringkas dan sedap..

Share:
Bahan-bahan
  • Bahan A:
  • 600 gm ayam
  • Tepung jagung
  • Garam
  • Bahan B:
  • 100 gm kacang gajus - goreng dan toskan minyak
  • 30 gm lada kering - pilih yang lebar dan potong dalam 1 - 1.5 inci panjang
  • 2 biji bawang besar (kuning) - potong dadu besar-besar
  • 4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
  • 1 biji lada benggala hijau- potong lebar sedikit
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1/4 cawan air
  • Minyak untuk menumis
  • Garam- jika perlu
  • 2 inci halia - ditumbuk halus
Cara-cara
  1. Bahan A - isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung, kemudian goreng dan toskan.

  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.

  3. Goreng lada kering hingga garing dan ketepikan.

  4. Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar.

  5. Masukkan lada benggala, isi ayam dan sos tiram dan sos cili dan sedikit air.

  6. Biarkan kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api.... dalam gambar ni... saya tak letak kacang gajus... rasa dia sedap juga.