Dihantar Oleh Pada 20 February, 2010
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: saiz 10" loyang empat segi
Description

Aneka Kuih Talam

Share:
Bahan-bahan
  • Lapisan Bawah : Bahan A :
  • 200gm tepung beras
  • 20gm tepung ubi
  • 1 1/2 tsp garam
  • 300 ml santan pekat KARA
  • 550 ml air
  • 70 gm gula kaster/halus
  • Bahan B: 200gm Keladi (potong kiub, kukus, warnakan ungu, lenyek sedikit)
  • Lapisan Atas:
  • 120gm tepung gandum
  • 200gm gula kaster
  • 3 biji telur B
  • 200 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 1/4 tsp pewarna ungu
  • 1/4 tsp garam
Cara-cara
  1. Lapisan Bawah : Satukan bahan A, gunakan whisk gaul hingga sebati dan tapis.

  2. Tuang ke dalam loyang yang disapu dengan sedikit minyak. Masukkan bahan B, Tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit. Angkat

  3. Lapisan Atas : Satukan semua bahan lapisan atas dan tapis.

  4. Tuangkan ke atas Lapisan Bawah, tutup loyang dgn aluminium foil dan kukus lagi selama 30 minit.

  5. Biarkan sejuk baru dipotong dgn menggunakan pisau plastik yg disapu dgn sedikit minyak

Komen