Dihantar Oleh Pada 14 February, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1 family...
Description

Tak ingat resipi dari mana...

Share:
Bahan-bahan
  • 400gm udang sederhana besar-buang kepala dan belah belakangnya
  • 5 sudu besar mentega
  • 3 biji telur kuning-dipukul sedikit (saya guna 3 kuning dan 1 telur putih)
  • 4 cili api-dipotong
  • 2 tangkai daun kari
  • 1/4 cawan susu cair
  • 2 ulas bawang putih-dicincang
  • Lada sulah, gula dan garam
Cara-cara
  1. Panaskan 2 sudu besar mentega, goreng udang 1/2 masak. Angkat dan ketepikan.

  2. Tambah mentega selebihnya, atas api sederhana, masukkan bawang putih. Kacau.

  3. Masukkan telur, kacau selalu. (Boleh juga titikkan guna hujung garpu bagi mendapatkan tekstur telur yang halus macam kat restoran tu).

  4. Masukkan juga daun kari, susu cair, cili api dan perasa sambil kacau selalu.

  5. Masukkan udang dan kacau lagi hingga garing. Boleh dimakan dengan nasi putih.