Resepi Puding Roti Mudah

 Dihantar Oleh Pada 13 February, 2010
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 orang makan
Description

Simple dan mudah aje

Share:
Bahan-bahan
  • 5 atau 6 keping roti Wholemeal
  • 1 tn susu krimer sejat - Carnation atau F & N
  • 2 sudu teh gula pasir - blh tambah sekiranye suka manis
  • sedikit majerin - utk disapu pd roti & loyang pembakar
  • 1/2 cawan kismis atau buah2an cumpur
Cara-cara
  1. Bhgn tepi roti Wholemeal yang warna coklat tu dipotong dgn menggunakan gunting. Kemudian roti yg bersih td dipotong 4.

  2. Susu & gula dimasukkan ke dlm periuk & dikacau di atas api sehingga gula larut. Pastikan jgn smpi susu hangit.

  3. Loyang pembakar disapukan dgn marjerin supaya tidak melekat.

  4. Susun roti yg dipotong 4 td di dlm loyang pembakar menutupi bhgn bawah loyang.

  5. Kemudian tuangkan susu tadi di atas roti & taburkan kismis atau buah2an campur.

  6. Ulang semula proses di atas sehingga semua roti, susu & kismis atau buah2an campur habis.

  7. Bhgn tepi roti tadi, dipotong kecil2 dan ditaburkan di atas puding tadi. Bila sudah masak, bhgn ini akan menjd ranggup sedikit. Klu ada lg kismis atau buah2an campur, taburkan aje.

  8. Masukkan loyang ke dalm oven & bakar sehingga masak.

  9. Sedap dimakan semasa panas2...bersama ahli keluarga & air koko radix / kopi radix....nyum3x

  10. Slmt mencuba....

Laporan MasakanLihat Semua (0)
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua