Resepi Gulai Ikan Utara

 Dihantar Oleh Pada 08 February, 2010
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 orang makan
Description

resepi dr mak mertua

Share:
Bahan-bahan
  • 2 ekor Ikan kembung /ikan sembilang
  • 1 1/2 sd besar rempah kari ikan baba's
  • 1 sd teh jintan putih/jintan halus
  • 2 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih dan 1 biji buah keras
  • setangkai daun kari
  • sedikit halba campur
  • garam dan gula secukup rasa
  • 4 biji bendi muda
  • 1 biji tomato segar
  • sedikit air asam jawa (kalu suka masam -lebihkan)
  • 2- 3 sudu besar minyak masak
  • 1 1/2 mangkuk air
  • 2 -3 biji Cili padi
Cara-cara
  1. Bawang putih,merah,buah keras dan jintan putih ditumbuk halus

  2. Panaskan minyak , masukkan bahan yg ditumbuk,daun kari dan halba sehingga sedikit garing

  3. masukan rempah kacau dan masukkan sedikit air ,air asam jawa . Biarkan mendidih dan pecah minyak dan wangi.pastu masukan garam dan sedikit gula dan serbuk perasa jika suka.

  4. masukkan ikan, alihkan dan masukkan air secukupnya

  5. Biarkan mendidih dan akhir sekali masukkan bendi , tomato dan cili padi . angkat dan hidang bersama nasi panas,sambal belacan dan ikan goreng...pasti menyelerakan.

Tags 
  •   ikan
  • Komen