Dihantar Oleh Pada 20 June, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: saiz acuan 21x8cm
Description

pernah bawa cookies ni untuk potluck.. ramai yang kata sedap.. memang sedap dan senang..

Share:
Bahan-bahan
  • 50g mentega tanpa garam
  • *70g tepung
  • *15g serbuk koko
  • *1/8 sk serbuk kulit kayu manis
  • *1/4 sk baking powder
  • *40g gula perang
  • *2 cubit garam
Cara-cara
  1. Potong mentega 1 cm. Selepas itu, masukkan ke dalam peti sejuk. Panaskan oven ke 180C. Alas dulang/acuan dengan oven paper.

  2. Ayak semua bahan-bahan yang bertanda *. Keluarkan mentega tadi dari peti sejuk. Ramas-ramaskan dengan bahan ayak sehingga jadi berketul-ketul.

  3. Ambik 2/3 dari adunan tadi. Masukkan ke dalam acuan dan tekan-tekan biar jadi sekata dan padat. Ambik adunan yang selebihnya tabur-taburkan ke atasnya.

  4. Bakar selama 25-30 minit.

  5. Potong memanjang 1-1.5cm ketika masih panas-panas. Kemudian sejukkan.