Resepi Nasi Goreng Ikan Masin

 Dihantar Oleh Pada 12 February, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 orang
Description

Senang dan sedap

Share:
Bahan-bahan
  • 1 mangkuk nasi
  • Sayur campuran
  • Ikan kurau masin dicuci bersih, dipotong kecil dan digoreng garing
  • Ayam, udang
  • 5 batang cili padi - dihiris halus (ikut kepedasan masing2)
  • 4 ulas bawang putih - dicincang
  • 3 biji telur
  • 1 sudu besar light soya sauce
  • Garam dan sedikit serbuk lada putih
Cara-cara
  1. Tumiskan bawang putih.

  2. Masukkan ayam dan udang dan tumis sehingga masak.

  3. Masukkan cili padi, light soya sauce, serbuk lada putih dan garam.

  4. Masukkan telur, sayur campur dan gaul sebentar.

  5. Akhir sekali masukkan nasi dan ikan kurau yang telah digoreng terlebih dahulu.

  6. Kacau biar semuanya jadi sebati dan hidangkan bersama bawang goreng dan daun ketumbar kalau ada.