Resepi Kuih Lapis Kacang Merah

 Dihantar Oleh Pada 29 January, 2010
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Loyang 10" empat segi
Description

Aneka Kuih Lapis

Share:
Bahan-bahan
  • Bahan A 400gm tepung beras
  • 200gm tepung gandum
  • 300ml santan pekat
  • 450ml air
  • 1 sudu teh esen rose
  • 1 sudu besar minyak
  • Bahan B
  • 500gm gula kaster
  • 100ml santan pekat KARA
  • 900ml air
  • 1 sudu teh garam
  • 3 helai daun pandan
  • Bahan C 1 cawan kacang merah - direbus hingga empuk dan pewarna merah
Cara-cara
  1. Masak bahan C hingga lembut. Tos dan ketepikan.

  2. Satukan bahan A, kacau rata.

  3. Masak bahan B hingga mendidih, tuangkan kedalam (2) dan kacau sebati kemudian tapis.

  4. Bahagikan adunan kepada 9 bahagian. 4 bahagian diletakkan sedikit pewarna merah (tipis) dan 5 bahagian di campurkan dengan bahan C (kacang merah) dan letakkan sedikit pewarna merah (terang). Setiap lapisan 250ml.

  5. Tuang adunan yang dicampur kacang merah pada lapisan pertama, kukus 4 minit diikuti dengan lapisan merah tipis kukus lagi 4 minit. Ulangi proses melapis hingga habis.

  6. Untuk lapisan terakhir kukus 1/2 jam lagi, tutup loyang dengan aluminium foil.

  7. Biarkan sejuk baru dipotong.

Komen