Dihantar Oleh Pada 20 January, 2010
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: saiz kek 8inci
Description

resipi daripada Noraini Zakaria (kompilasi hidangan kek) dan telah diubah suai.

Share:
Bahan-bahan
  • Lapisan Bawah :
  • 1 cawan biskut krim kraker (hancurkan)
  • 3 sudu besar mentega
  • 3 sudu besar gula
  • - campur semua bhn ni dan padatkan dalam acuan, bakar lebih kurang 10 minit.
  • Lapisan Atas :
  • 250gm krim keju
  • 50gm gula kastor
  • 50gm air susu ( boleh guna susu segar, susu cair, susu UHT @ air suam yg dibancuh dgn susu tepung)
  • 50gm mentega
  • 3 biji kuning telur
  • 5 sudu makan tepung jagung
  • Bahan B :
  • 40gm gula kastor
  • 2 biji putih telur
  • 1/4 sudu teh serbuk krim tartar
  • - satukan bhn ini dan pukul hingga gebu dan kental (klu diterbalikkan mangkuk ke bawah ia xjatuh)
Cara-cara
  1. 1. pukul krim keju, gula kastor,mentega dan tepung jagung sehingga kembang.

  2. 2. kemudian masukkan air susu dan kuning telur, pukul lagi sehingga sebati dan berkrim.

  3. 3. kemudian, masukkan bahan B yg sudah dipukul tadi dan gaul perlahan2 sehingga sebati. selepas itu tuang adunan ke atas biskut yang telah dibakar.

  4. 4. sediakan acuan yg besar daripada acuan tadi dan isikan air 1/4 penuh. masukkan acuan kek ke dalamnya dan bakar selama 1 1/2 jam pada suhu 160 darjah.

  5. 5. sejukkan pada suhu bilik sebelum dimasukkan dalam peti sejuk. hiaslah dengan krim putar @ topping kegemaran seperit jem blueberry dsbgnya....

Tags 
  •   kek
  • Komen