Resepi BINGKA ROTI

 Dihantar Oleh Pada 20 January, 2010
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 orang
Description

Seisi keluarga suka. Selalu buat atas permintaan anak-anak. Tak rugi mencuba...

Share:
Bahan-bahan
  • 2 bj telur 'A'
  • 5 keping roti gardenia
  • 1 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn gula
  • 1 camb planta
  • 1/4 camt garam
  • 500ml susu cair (1 tin 400ml + 100ml air)
  • Bijan
  • 1 camt esen vanila
Cara-cara
  1. Kisar gula dan telur(guna blender je). Kemudian masukkan planta. Kisar lagi.

  2. Masukkan susu cair dan roti, biar sekejap dan kisar.

  3. Akhir sekali masukkan esen vanila, garam dan tepung. Kisar lagi sampai sebati.

  4. Tuang ke dalam loyang bingka yg telah dilengser, tabur bijan (sangrai terlebih dahulu) dan bakar atas api perlahan selama 1 jam. Ini cawan yg selalu ina guna untuk sukatan kuih bingka.

    open-uri20151010-29872-ll1kd4
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua