Resepi Kueh Koci

 Dihantar Oleh Pada 10 February, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 20 biji
Description

Kueh tradisi rakyat yang tidak harus dilupakan oleh generasi muda.

Share:
Bahan-bahan
  • BAHAN2 UNTUK DOH:-
  • 250 g tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung pulut hitam
  • 1 1/2 cawan air
  • BAHAN2 UNTUK INTI:-
  • 1 biji kelapa berkulit basah (yg tidak terlalu tua)
  • 1 ketul gula Melaka
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • 1/2 cawan air
  • BAHAN2 LAIN:-
  • Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inci.
  • Minyak kelapa secukupnya (minyak makan pun boleh)
  • 1 cawan pati santan + secubit garam
Cara-cara
  1. UNTUK INTI:- Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air. Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali. Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukkan.

    open-uri20151010-29872-oomp1i
  2. UNTUK DOH:- Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas. Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Jika kurang air tambah sedikit lagi.

    open-uri20151010-29872-1oh9wlc
  3. UNTUK MEMBUAT KUEH KOCI:- Ambil sehelai daun pisang, sapu dgn minyak pada permukaan daun pisang tadi. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti.

    open-uri20151010-29872-1flbv52
  4. Tutup inti dgn doh dan bubuh satu camca teh santan pekat.

    open-uri20151010-29872-1kgga2
  5. Kemudian lipat seperti biasa.

    open-uri20151010-29872-2a855m
  6. Yang ini berbentuk bantal.

    open-uri20151010-29872-1jcm5nv
  7. Dan yang ini berbentuk piramid

    open-uri20151010-29872-v0nzv5
  8. Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak. Banyak atau kurang jumlah kueh koci bergantung pada saiz kueh masing2. Tak lupa terima kasih padan bonda mat atas tunjuk cara utk resepi ini. Selamat mencuba..

    open-uri20151010-29872-138oghx