Dihantar Oleh Pada 09 February, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 10 biji
Description

Putih, gebu dan lembut sepanjang hari.

Share:
Bahan-bahan
  • Doh:
  • 240 g tepung "Hong Kong", guna tepung pau pun ok
  • 1 camca teh "Double Acting" serbuk penaik + 1/2 camca teh garam
  • 1 camca teh yis
  • 25 g lemak sayur ('shortening')
  • 100 ml air suam*
  • 30 g gula halus*
  • 1/2 camca teh cuka*(*disatukan dan kacau hingga gula larut)
  • Inti:
  • 2 biji kentang, kupas dan potong dadu kecil-kecil
  • 1 biji bawang besar, dicincang halus
  • 2 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 2 camca besar serbuk kari ikan
  • 1 tin ikan tuna, hancurkan
  • 1 cawan susu segar
  • 1/2 camca teh minyak bijan (kalau suka)
  • 1 tangkai daun kari, dihiris halus
  • 1 tangkai daun sup, dihiris halus
  • Garam, gula dan air secukupnya
Cara-cara
  1. Dalam satu bekas, masukkan tepung Hong Kong, serbuk penaik + garam, yis dan lemak sayur. Gaul ramas hingga adunan berupa serbuk roti. Masukkan air yang bercampur dengan cuka dan gula. Adun hingga menjadi doh yang lembut dan elastik (kurang lebih 15 minit, jika guna tangan dan 10 minit jika menggunakan mesin). Perap doh selama 45 minit.

  2. Inti: Panaskan minyak masak + minyak bijan dalam kuali dan tumis bawang putih, bawang besar dan daun kari hingga wangi. Masukkan serbuk kari dan sedikit air. Masukkan kentang yang telah didadu dan juga ikan tuna. Tuang susu dan masukkan garam dan gula secukup rasa, masak dengan api perlahan hingga kentang empuk dan inti kering. Masukkan cincangan daun sup, gaul rata, matikan api dan sejukkan.

    open-uri20151010-29872-leg1uv
  3. Keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang angin. Bahagi kepada 10 bahagian, bulat-bulatkan. Ambil sebiji doh dan leperkan diatas tapak tangan, sudukan inti yang telah sejuk tadi dan cantum doh sehingga menutupi inti. Bulat-bulatkan doh tadi dan letak di atas sekeping kertas (2inci x 2 inci) yang telah disapu dengan lemak sayur.

    data.jpeg
  4. Buat hingga habis dan susun dalam kukusan. Perap pau kurang lebih 20 minit.

    open-uri20151010-29872-1ivewx
  5. Kukus pau tadi di atas air mendidih selama 15 minit. Angkat dan sejukkan.

    open-uri20151010-29872-1vepvws
  6. Untuk doh tadi boleh juga menggunakan mesin pembuat roti, melalui tetapan untuk doh. Masukkan kesemua bahan dan tekan tetapan untuk doh dan tunggu hingga siap.