Dihantar Oleh Pada 06 January, 2010
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 7 orang
Description

Masakan Arab.. Sedap nasi ni kalau guna beras basmathi gred yang bagus!! Cuba la untuk kelainan!! Senang ajer..

Share:
Bahan-bahan
  • ***PENYEDIAAN STOK TULANG UNTUK NASI***
  • 1 1/2 kg tulang lembu/kambing yang ada daging (jgn tulang semata2 tau)
  • 15 biji buah pelaga
  • 15 kuntum bunga cengkih
  • 15 biji lada hitam
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 biji buah pala (diketuk)
  • 3 helai bay leaves
  • 1 inci halia (diketuk)
  • ***PENYEDIAAN NASI***
  • 3 cawan beras basmathi
  • 3-4 cawan stok tulang (bergantung kepada jenis beras basmathi)
  • 2 sudu minyak sapi / mentega / minyak zaitun
  • 1 labu bawang besar yang besar (potong dadu)
  • 1 biji tomato yang kecil (potong dadu)
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 5 biji lada hitam
  • garam dilupa jangan!! (x sedap kalau nasi tawar)
  • *** PENYEDIAAN SALATA HARA***
  • 2 biji tomato
  • 2 cili merah
  • 1/2 biji bawang besar
  • sedikit daun ketumbar
  • lemon
  • garam & gula secukupnya
Cara-cara
  1. Rebus tulang & daging sehingga empuk bersama rempah ratus, bay leaves dan halia. Tapis, ambil stok dan tulang & daging.

  2. Tumis bawang besar bersama minyak sapi / mentega / minyak zaitun sehingga layu. Masukkan rempah ratus, garam, beras basmathi dan stok tulang. Masukkan tulang dan daging. Biarkan sehingga mendidih lalu masukkan tomato yang telah dipotong dadu. Transfer ke periuk nasi elektrik. (Kalau nk biarkan kt dapur gas pun xper.. masak nasi sehingga masak). Bila dah masak, bolehla titik pewarna kuning. Kalau tak nak pun xper.

  3. Untuk salata hara, kisar kesemua bahan kecuali garam, gula & lemon (kisar tanpa air). Apabila dah hancur, masukkan gula dan garam secukupnya bersama perahan lemon.

  4. Hidang nasi bersama Salata Hara, telur masin, acar timun atau sebagainya..

Tags 
  •   nasi