Resepi Pajeri Kedondong / Amra

 Dihantar Oleh Pada 04 January, 2010
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: utk dua org
Description

resepi dari utara..kesukaan suami

Share:
Bahan-bahan
  • 25 biji buah kedondong @ amra
  • 5 ulas bwg merah
  • 2 ulas bawang putih
  • stgh inci halia
  • 4 sudu serbuk kari daging
  • 2 sudu besar kerisek
  • 2 sudu besar udang kering (tumbuk halus)
  • rempah empat sekawan
  • minyak untuk menumis
  • 2 cwn santan
  • garam, perasa
  • 5 sudu besar air asam jawa
Cara-cara
  1. Buah kedondong dibuang kulit dan direbus separuh masak

  2. panaskan minyak, tumiskan rempah 4 sekawan sehingga naik bau, masukkan bwg merah, bwg putih dan halia yang dihiris halus sehingga wangi

  3. masukkan rempah kari yang dibancuh dengan air asam jawa dan masukkan udang kering

  4. kacau sehingga pecah minyak dan tumisan menjadi garing

  5. masukkan santan dan kacau lagi. masukkan juga buah kedondong, garam, perasa dan akhir skali kerisek

  6. masak sehingga pekat dan reneh sehingga pecah minyak

  7. bleh tambah lada merah untuk hiasan jika suka..

  8. Selamat Mencuba

Laporan MasakanLihat Semua (0)
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua