Rendang Kerang Hijau

Resepi Rendang Kerang Hijau

 Dihantar Oleh Pada 30 December, 2009
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1 hidangan
Description

masakan hari raya kegemaran saya

Share:
Bahan-bahan
  • 3kg kerang -direbus dan diambil isinya
  • BAHAN KISAR
  • 300g cili padi [hijau sahaja]
  • 2 labu bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 4 batang serai
  • sepotong halia
  • sepotong lengkuas
  • sedikit belacan
  • garam secukup rasa
  • 3 sb kerisik
  • santan kelapa
  • air asam jawa secukup rasa
  • 3-4 helai daun limau purut
  • serbuk perasa
  • minyak untuk menumis
Cara-cara
  1. panaskan minyak, masukkan bahan2 kisar kedalam kuali. kacau sehingga naik bau

  2. setelah garing, masukkan isi kerang ke dalam kuali. kacau sebati

  3. setelah sebati, masukkan santan dan kerisik kedalam kuali. kacau sehingga santan masak

  4. masukkan garam, air asam jawa dan serbuk perasa secukupnya. kacau sehingga rendang sedikit kering.

  5. akhir sekali, masukkan daun limau purut dan dikacau rata. sedia dihidang bersama lemang.

Laporan MasakanLihat Semua (0)
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua