Dihantar Oleh Pada 07 February, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 10 biji
Description

Muffin coklat dengan pisang.

Share:
Bahan-bahan
  • 100g pisang
  • 100g tepung gandum
  • 50g mentega-cairkan
  • 20g serbuk koko
  • 50g gula halus
  • 1 biji telur- suhu bilik
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 50ml susu segar
  • Walnut secukupnya (jika suka)
Cara-cara
  1. Panaskan oven sehingga 180C. Pukul sedikit telur dengan garpu- tak perlu kembang.

  2. Masukkan gula, tepung gandum, serbuk koko dan serbuk penaik ke dalam plastik. Tutup mulutnya dan goncang biar semuanya sebati.

    open-uri20151010-29872-1oln12q
  3. Masukkan pisang ke dalam mangkuk. Lenyekkan dengan garpu.

    open-uri20151010-29872-b5w7jc
  4. Masukkan pula susu segar ke dalam pisang tadi dan kacau.

    open-uri20151010-29872-19gjavo
  5. Kemudian masukkan pula telur. Kacau biar sebati.

    open-uri20151010-29872-1guh20n
  6. Lepas tu masukkan pula tepung yang dalam plastik tadi dan kacau.

    open-uri20151010-29872-17f3vrn
  7. Akhir sekali masuklah mentega cair tadi. Kacau biar sebati. Kemudian dengan sudu cedukkan ke dalam cawan muffin. Isikan dengan 2/3 penuh.

    open-uri20151010-29872-n9tp29
  8. Letakkan walnut di atas setiap bekas muffin tadi. Bakar selama 25-30 minit.