Resepi Rendang Ayam Kampung

 Dihantar Oleh Pada 07 February, 2007
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 7 - 8 org
Description

Khas dari dapur Mat Gebu.....boleh dimakan dgn nasi, roti, ketupat, lemang dan sebagainya

Share:
Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam kampung (anggaran 1.5 kg)
  • 1 biji kelapa, diparut
  • 2 helai daun kunyit, dimayang halus
  • 3 ulas bawang merah kecil, dimayang*
  • 2 ulas bawang putih, dimayang*
  • 2 asam keping
  • 1 batang kayu manis (anggaran 3 inci)*
  • 1 kuntum bunga lawang*
  • 3 biji buah pelaga*
  • 4 kuntum bunga cengkeh*(*bahan2 tumis)
  • 3 camca besar cili kisar
  • 4 camca besar kerisik
  • 2 camca besar rempah kari daging
  • 1 camca besar gula Melaka
  • Garam secukup rasa dan 1 cawan minyak utk menumis
  • BAHAN2 DIKISAR HALUS :-
  • 5 batang serai, dimayang
  • 8 ulas bawang merah kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 4 biji buah keras
Cara-cara
  1. Ayam dibersihkan dan potong 24 kepingan. Cuci dgn asam dan garam, perap 10 minit. Bilas dan toskan. (Boleh juga gunakan ayam daging)

  2. Masukkan 1 cawan air dalam kelapa parut dan ramas. Perah santan pekat dalam satu bekas, ketepikan. Kemudian masukkan 2 cawan air lagi, ramas dan perah utk santan kemancar. Ketepikan.

  3. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bhn2 tumis dan kacau hingga wangi. Masukkan cili kisar, bahan2 dikisar halus dan juga rempah kari. Masak hingga harum dan pecah minyak.

  4. Masukkan sedikit garam dan diikuti ayam. Gaul ayam hingga sebati dgn rempah dan masak hingga ayam agak kecut (10 minit). Masukkan santan cair dan biarkan masak atas api perlahan hingga daging ayam 1/2 masak.

  5. Kemudian masukkan santan pekat,kerisik dan asam keping, masak hingga ayam empuk dan kuah pekat. Baru dimasukkan gula melaka dan daun kunyit yg telah dimayang tadi. Gaul rata dan masak hingga rendang agak kering. Rasa garamnya. Angkat dan boleh dihidangkan.

  6. Rendang ini boleh juga dimasak dalam periuk tekanan (bagi sesapa yg ada), bergantung pada jenis periuk tekanan masing2. Dan kemudian keringkan di dalam kuali.

Tags 
Resipi berkaitanLihat Semua
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua