Resepi Kek Gulung Pandan

 Dihantar Oleh Pada 26 December, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 10-12 orang makan
Description

Selalu V buat kek ni untuk minum petang...senag je nak buat..40 minit siap dah...10 minit memutar+15 minit membakar+10 minit sejukan kek+5 minit sapu krim dan gulung..

Share:
Bahan-bahan
  • Bahan (A) 250 gm telur 120 gm gula kastor 13 gm emulsifier
  • Bahan (B) 125 gm tepung gandum Esen vanila
  • Bahan (C) 60 gm melted butter Sedikit pewarna hijau epal Sedikit perasa pandan
  • Bahan-bahan: Aising Mentega
  • 230 g gula aising, diayak, 130 g mentega tanpa garam
  • Boleh tambahkan sedikit perasa dalam aising mentega jika suka
Cara-cara
  1. Pukul adunan A hingga betul-betul kembang dan putih

  2. Masukkan ke dalam loyang yang di sapu dengan mentega dan kertas minyak. Ratakan keseluruh loyang.

  3. Bakar pada suhu 180’C selama 15 minit

  4. Pastikan permukaan atas keperang-perangan baru di angkat

  5. Terbalikan di atas kertas minyak yang lain (biarkan sejuk) dan buat sapuan dengan aising dan di gulung kemas menjadi swiss roll.

  6. * aising mentega di campur kedua2nya dan di putar hingga kembang dan gebu..

Tags 
  •   kek