Resepi Cucur Kentang

 Dihantar Oleh Pada 25 December, 2009
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: cukuplah untuk sekeluarga~
Description

..first time tahu masa atas gunung,bekalan makanan tak cukup, so kami buat cucur nie dengan apa2 je yang ada~..ahaha..sekarang ni rajin je buat untuk tea time with family~ gambar tue main belasah je kat internet..sebab tiap kali buat, dah licin baru ingat nak amek gambar~

Share:
Bahan-bahan
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 labu bawang besar [dadukan]
  • 2-3 biji kentang [dadukan] saya suka guna byk~
  • air
  • garam
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam [tak nak pun takpa~]
  • sebiji cili merah dihiris
  • sedikit serbuk kunyit
  • minyak
  • sedikit serbuk lada hitam [tak perlu sebenarnya, tapi saya suka rasa lada hitam nie..cubalah~]
Cara-cara
  1. campur semuanya dan tuang air sedikit demi sedikit. saya selalu menggunakan air suam untuk ini. dan juga menambahkan sedikit minyak semasa mengaul kerana dapat meranggupkan lagi..[betul x?]

  2. tambah garam secukup rasa.

  3. panaskan minyak dan gorenglah~~~ahahah

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua