Dihantar Oleh Pada 24 December, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: sekeluarga
Description

Masakan barat yang disesuaikan dengan citarasa Melayu

Share:
Bahan-bahan
  • Kuah Spaghetti
  • 500 g Daging cincang
  • 5 ulas bawang putih dimayang
  • 2 biji bawang besar dimayang
  • 1/2 inci halia dimayang
  • 3 camca besar cili boh (seeloknya dimesin sendiri)
  • 3 camca besar minyak zaitun
  • 1 botol kecil Sos Spaghetti Prego/Ragu
  • 400 g puri tomato
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 peket spaghetti, 3 camca teh minyak masak, 1 camca teh garam
  • Air masak untuk pekat atau cair kuah
Cara-cara
  1. Di dalam periuk 3 liter, panaskan minyak zaitun, tumiskan bawang putih, besar dan halia sehingga naik bau.

  2. Masukkan cili boh dan daging cincang dan ditumiskan agar separa kering dan masak.

  3. Tuangkan Prego, tambahkan puri tomato dan 1 cawan air masak, kacau sebati dan biarkan mendidih. JIka suka boleh juga dimasukkan cendawan butang yang telah dihiris halus.

  4. Tambahkan sekurang2nya 3 camca besar gula, 1 camca besar garam, kacau sebati dan hingga mendidih dan daging telah empuk. Selesai

  5. Di dalam periuk lain didihkan air, masukkan 3 camca teh minyak masak dan garam. Setelah mendidih rebuskan spaghetti.

  6. Bolehlah spaghetti dihidang dengan kuah dan dihias daun parsley. Selamat Mencuba.

Komen