Resepi Pecal Ikan Keli Bakar

 Dihantar Oleh Pada 22 December, 2009
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 org makan
Description

masakan org kampung dulu2

Share:
Bahan-bahan
  • 2 ekor ikan keli yg bersaiz sederhana
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 2 cawan air suam masak
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji buat tomato yg masak ranum
  • 15 ~ 20 biji cili padi ( campur merah dan hijau )
  • 1/2 sudu besar garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk perasa
Cara-cara
  1. Bersihkan ikan keli dan kelar pd kedua dua belah bahagian ikan. Basuh dgn menggunakan air asam jawa bagi menghilangkan lendir pd ikan keli tersebut. Kemudian bakar ikan atau kalau xde masa nak bakar, goreng pon sodap...

  2. Dalam mangkuk lain, perahkan kelapa parut dgn 2 cawan air suam tadi. Pastikan air masak ye, sebab kuah pecal ini tidak perlu di masak. Hasilnya akan mendapat perahan santan suam sebanyak 2 cawan setengah.

  3. Selepas itu, blendkan bawang besar dan segenggam cili padi yg telah digoreng sekejap bersama2 dgn air perahan santan suam tadi.

  4. Tuangkan kuah pecal ke dalam mangkuk lauk dan perasakan dgn garam dan serbuk perasa. ikut citarasa masing2. Potong dadu buah tomato dan masukkan dlm kuah pecal. Kacau mesra..

  5. Akhir sekali tuangkan kuah pecal di atas ikan keli yg sudah dibakar atau di goreng tadi. Bolehlah dihidang bersama nasi putih. SELAMAT MENCUBA...

  6. Perhatian : Kuah pecal ini boleh juga dimasak atas api, just utk hangat saje sebab lauk ini sebenarnya sememangnya tidak perlu masak tapi boleh diubah dgn masak sekejap diatas api.

Laporan MasakanLihat Semua (0)
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua