Resepi Kari Ikan Jenahak

 Dihantar Oleh Pada 06 February, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4-6 org
Description

Resepi yang senang..dimakan dengan nasi atau roti...

Share:
Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan jenahak - dipotong (kepala ikan pun boleh)
  • 2 peket serbuk kari ikan - dibancuh dengan sedikit air, jadi pes
  • 5 biji kacang bendi
  • 2 biji tomato
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 3/4 cawan air
  • Garam, gula (jika suka) dan sedikit minyak
  • 1 sudu besar halba campur
  • 2 tangkai daun kari
  • Bahan kisar:-
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
Cara-cara
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan yang dikisar bersama halba campur dan daun kari.

  2. Masukkan serbuk kari. Biar naik bau, masukkan pula air asam jawa.

  3. Masukkan ikan, air dan santan pekat. Biar mendidih.

  4. Masukkan tomato, kacang bendi, cili dan garam. Hidangkan.