Resepi Laksa Utara..

 Dihantar Oleh Pada 10 December, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1 family
Description

ambil dr internet..senang je rupanya buat laksa,hehe..

Share:
Bahan-bahan
  • 1 paket laksa-rendam&rebus
  • *10 tangkai cili kering-rebus
  • *10-15 ulas bawang merah
  • *2-3 labu bawang besar
  • 1 kg ikan kembong
  • 6-10 keping asam gelugor
  • 2 kuntum bunga kantan
  • Daun kesom
  • Garam&belacan secukup rasa
  • Bahan2 ulam:Daun selom,Timun,Bawang besar,Cili api,Limau kasturi&Telur rebus.
Cara-cara
  1. Kisar bahan2 bertanda *

  2. Rebus ikan kembung yg telah dibersihkan.Masukkan sedikit garam.Simpan air rebusan ikan.Asingkan isi&tulang.

  3. Kisar ikan&tulang berasingan.masukkan sedikit air.Tapis tulang yg diblender.

  4. Masukkan bahan2 yg dkisar kedalam periuk.Masukkan sekali isi ikan&air tulang.Masukkan air rebusan ikan juga.Campurkan air biasa kalau air rebusan x mencukupi.Jgn terlalu cair.

  5. Masukkan bunga kantan,daun kesum&asam gelugor.Masak sehingga mendidih.Masukkan garam secukupnya.