Dihantar Oleh Pada 04 February, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2-3 org
Description

Ini resipi asas untuk lauk daging goreng. Adik-adik Syana suka lauk ini. Kedai masakan Siam pun ada lauk ini dalam menunya.

Share:
Bahan-bahan
  • 200-300gm daging mentah
  • Serbuk garam dan serbuk kunyit (kunyit hidup pun boleh)
  • Minyak masak
  • Bawang merah 2-3 biji dimayam
  • Bawang putih 1 biji dimayam
  • Bawang besar (kulit kuning/oren) 1 biji dimayam bulat
  • Lada merah 1 biji (atau cilipadi beberapa biji jika hendak lagi pedas) dihiris serong
  • Jika suka: kacang panjang yang telah dipotong atau kicap manis cap kipas udang
Cara-cara
  1. Hiris daging (ikut kebiasaan masing-masing, jangan terlalu nipis atau terlalu tebal).

  2. Perap hirisan daging dengan garam dan kunyit secukup rasa sekurangnya 20 minit.

  3. Panaskan kuali tanpa minyak untuk beberapa saat dan kemudian masukkan daging perap ke dalam kuali. 'Goreng' daging tanpa minyak untuk mengeringkan air daging dan supaya daging 'masak'.

  4. Apabila air daging kering, masukkan minyak masak dan goreng seperti biasa.

  5. Apabila warna daging berubah dari warna yang pudar kepada warna yang gelap seperti hendak garing, masukkan bawang merah dan bawang putih yang dimayam tadi. Goreng hingga layu. Kemudian, masukkan hirisan bawang besar dan lada. Gaul rata dan goreng sehingga semuanya garing.

  6. Apabila semua garing, lauk sudah siap. Hidang dengan nasi panas atau makan dengan roti. Cicah dengan budu dan makan dengan nasi panas lagi sedap yum yum.

  7. Variasi lauk ini #1: tambah kacang panjang yang dipotong ketika menggoreng, sebelum dihidang. Ada orang masukkan lobak merah, bunga kobis ataupun kobis.

  8. Variasi lauk ini #2: Sebelum selesai menggoreng, masukkan kicap manis cap kipas udang dan gaul rata. Variasi ini menjadikan lauk ini menjadi daging goreng kicap.