Dihantar Oleh Pada 03 February, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2 org makan
Description

Ini resepi mama saya, makanan kegemaran keluarga. Sesiapa yang suka makan petai, pasti akan jatuh cinta dengan resipi ini.

Share:
Bahan-bahan
  • Segenggam besar ikan bilis yang telah dibersihkan (boleh beli di pasar)
  • Segenggam besar bawang merah - dimayam (terlebih skit takpe, sambal semakin sedap)
  • Seulas bawang putih - dimayam
  • 1 1/2 sudu besar cili boh @ cili kering yang telah dikisar (tambah jika ingin lagi pedas @ kisar sekali beberapa cilipadi)
  • Santan dari 1/2 biji kelapa parut (untuk santan pekat, diperah dengan secawan air saja). kalau ikan bilis lagi byk, ambik santan dari sebiji kelapa.
  • Sebiji bawang besar - dimayam
  • Petai dibuang kulit (kuantiti ikut selera anda)
  • Garam
  • Minyak masak
Cara-cara
  1. Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis sehingga layu (tapi tidak garing).

  2. Masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dimayam. Goreng untuk 2-3 minit atau hingga layu, dan tambahkan cili boh, goreng untuk 2 minit. Kacau hingga sebati kesemua bahan.

  3. Masukkan santan dan bawang besar, kacau hingga sebati.

  4. Masukkan garam sedikit sahaja dan petai, kecilkan api dan tutup kuali.

  5. Kacau sekali sekala. Pastikan api kecil. Setelah pecah minyak, semuanya masak. Dihidang dengan nasi panas atau roti bom.

  6. Resipi ini perlukan sedikit sahaja garam kerana semakin lama diatas api, air ikan bilis akan turun dan sambal akan masin akhirnya.