Resepi Bihun Sup Tulang Ala Utara

 Dihantar Oleh Pada 03 December, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3-4 orang makan
Description

penggemar bihun sup boleh mencuba..

Share:
Bahan-bahan
  • 1/2 paket bihun-rendam dgn serbuk kunyit
  • 1kg tulang-bersihkan
  • 300g daging/ikut suka kuantiti-potong
  • 1 paket sup bunjut
  • *1 batang kayu manis,2 biji bunga lawang,4 biji bunga cengkih&2 biji buah pelaga
  • 2 batang selery-potong serong
  • 2 keping fisgcake-potong
  • 2 ulas bawang putih,2 ulas bawang merah-racik
  • 1 sudu/k lada hitam
  • Minyak utk menumis
  • Air & Garam secukupnya
Cara-cara
  1. Rebus daging&tulang dlm periuk dgn air yg mencukupi..masukkan sup bunjut&bahan2 bertanda *

  2. Rebus sehingga daging masak&empuk,kalau air agak kering tambahkan air.

  3. Masukkan garam secukup rasa.Masukkan salery&fishcake yg telah dipotong.

  4. Masukkan lada hitam.

  5. Di kuali yg lain,panaskan dgn sedikit minyak & tumis bawang putih&bawang merah bersama sehingga naik bau & kekuningan.Kemudian masukkan bwng & minyak nye ke dlm sup tadi.

  6. Celur bihun dgn air panas & toskan.

  7. Hidang bihun bersama sup&hias dgn bawang goreng&daun sup kalau ada.