Dihantar Oleh Pada 03 February, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2-3 org
Description

Resepi ringkas tapi sedap.. untuk org yang takde masa nak masak macam saya. Hehehe..

Share:
Bahan-bahan
  • 2 keping ikan merah (apa-apa pun boleh)
  • Serbuk kunyit
  • 1/2 bawang besar (dimayang)
  • 2 ulas bawang putih (dimayang)
  • 1 biji cili merah (mayang)
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu minyak
  • 1/2 cawan air
  • Sayuran campur (boleh jugak gune)
Cara-cara
  1. Bersihkan ikan. Sapu serbuk kunyit dan garam, kemudian goreng. (Boleh juga diganti dengan tepung jagung dan garam. Sapu garam pada ikan kemudian tabur tepung rata atas ikan).

  2. Sementara menunggu ikan masak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga garing. Kemudian masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau kejap dan masukkan air. Masukkan cili besar. Masukkan garam dan gula. Tunggu kuah menjadi pekat. barulah masukkan ikan.. siap!

  3. Jika gune sayuran campur, masukkan ia sebelum masuk ikan.