Dihantar Oleh Pada 03 February, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 orang makan
Description

Resepi dari internet..diolah sedikit, ikut selera..dimakan dengan nasi putih..

Share:
Bahan-bahan
  • 3 ekor sotong saiz besar-jangan potong
  • Bahan kisar:-
  • @6 ulas bawang merah
  • @3 ulas bawang putih
  • @1 inci halia
  • @1 batang serai
  • @ 2 inci lengkuas
  • @4 sudu besar cili kering (ikut suka kalau nak lebih)
  • @1/2 sudu teh ketumbar
  • @1/2 sudu teh jintan manis
  • @4 sudu besar mentega/minyak
  • @garam dan gula secukup rasa
  • #boleh ditambah hirisan daun limau purut jika suka
Cara-cara
  1. Sotong dibersihkan. Biar seekor seekor. Perap dengan bahan kisar selama 15 minit.

  2. Letakkan sotong dan bahan-bahan perap di atas lapisan aluminium dan bakar selama 20-30 minit atau hingga masak.

  3. Sudah masak, bolehlah dipotong-potong dan hidangkan. Sotong ni siap dibakar dengan sambalnya, boleh juga dimakan dengan air asam..