Resepi Spaghetti Goreng Cili Padi

 Dihantar Oleh Pada 22 November, 2009
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: sorang makan
Description

resepi dari kawan

Share:
Bahan-bahan
  • spaghetti untuk sorang makan
  • setengah biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 ekor udang sederhana besar
  • 2 batang jagung muda
  • 3 biji cili padi
  • 1 sudu makan sos cili thai, sos tomato, sos tiram dan sos cili
  • garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
  1. Rebus spaghetti.

  2. Bawang besar dimayang dan bawang putih serta cili padi dicincang

  3. Potong udang. kulit dan kepala udang direbus dengan setengah gelas air.

  4. Potong jagung ikut citarasa.

  5. Panaskan 2 sudu makan minyak.

  6. Tumiskan bawang besar sehingga layu. Masukkan bawang putih.

  7. Bila bawang putih kekuningan masukkan udang. Goreng seketika.

  8. Masukkan air rebusan udang, cili padi, jagung, sos dan bahan perasa.

  9. Bila mendidih, masukkan spaghetti.

  10. Goreng sehingga kering air.

  11. Siap untuk dihidangkan.

Laporan MasakanLihat Semua (0)
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua