Resepi Kek Batik/puding Batik

 Dihantar Oleh Pada 19 November, 2009
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Loyang 9 x 9in
Description

mudah aje...

Share:
Bahan-bahan
  • 4 biji telur
  • 175gm butter
  • 300gm biskut marrie - patah 4
  • 3/4 gelas gula - saya kurangkan
  • 1/4 tin susu pekat manis - saya kurangkan
  • 1/2 gelas milo
  • 1/4 gelas serbuk koko
  • 3/4 gelas air panas
Cara-cara
  1. Bancuh serbuk milo dan koko dengan air panas, ketepikan

  2. Pukul gula dan butter hingga kembang.

  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pastikan sebati.

  4. Masukkan bancuhan milo dan koko tadi, gaul rata.

  5. Campurkan susu dan kacau rata.

  6. Tuangkan adunan ke dalam periuk dan jerang atas api yang perlahan.

  7. Kacau adunan hingga betul-betul pekat....lama gak nak tunggu dia pekat ni, jgn tinggal, nnt hangit.

  8. Bila dah pekat, angkat adunan dan biarkan suam. Kemudian masukkan pecahan biskut marrie dan gaul rata.

  9. Masukkan ke dalam acuan dan tekan biar padat. Gunakan plastik untuk tekan supaya permukaan kek nampak licin. Sejukkan di dalam chiller lebih kurang 2jam.

  10. Saya gunakan aluminium foil untuk alas loyang supaya kek tadi mudah keluar dan tidak melekat.

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua