Sambal Kentang

Resepi Sambal Kentang

 Dihantar Oleh Pada 10 November, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 6 biji
Description

Untuk ganti sayur

Share:
Bahan-bahan
  • 6 biji kentang / belah 4
  • 6 tangkai cili merah / tumbuk
  • 3 tangkai cili hijau / tumbuk
  • 2 helai daun limau purut
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak masak untuk menumis
  • 6 ulas bawang merah / kisar halus
  • 3 ulas bawang putih / kisar halus
Cara-cara
  1. Kentang dibelah empat. Ketepikan.

  2. Tumbuk cili merah dan cili hijau bersama dengan daun limau purut.

  3. Tumiskan bahan yang dikisar halus sehingga wangi

  4. Masukkan cili merah,cili hijau,daun limau purut yang ditumbuk tadi dan tumis lagi sehingga naik bau dan pecah minyak.

  5. Masukkan garam secukup rasa dan akhir sekali, masukkan ubi kentang.

  6. Masak sehingga ubi kentang empuk dan sambal garing.

Komen