Resepi Tomyam Simple

 Dihantar Oleh Pada 09 November, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3-4 orang makan
Description

sangat senang

Share:
Bahan-bahan
  • ayam (ikut suke brape banyak)
  • udang (5 ekor)
  • 1 ekor sotong saiz besar (potong bulat-bulat)
  • 2 sudu sos tiram
  • 3 sudu sos cili (boleh tambah ikut kepedasan yang disukai)
  • 2 batang serai
  • 2 biji tomato (belah 4)
  • 6 biji cili padi ditumbuk kasar jer (kalau nak pedas tambah la yer)
  • 2 labu bawang besar (dipotong bulat-bulat)
  • 2 biji limau nipis (diperah airnya)
  • bunga kobis (agak-agak jer)
  • lobak merah ( agak-agak jugak)
  • putik jagung (sepeket)
  • batang saderi (xde pn boleh)
  • garam dan gula secukupnya
  • 3 helai daun limau purut
  • Klik di sini untuk isi bahan
Cara-cara
  1. mula-mula, isikan air dalam periuk. agak-agak dengan bahan-bahan yang ade. masukkan ayam yang dipotong, sos tiram dan sos cili serta serai yang diketuk. mask sehingga mendidih.

  2. bila dan mendidih, masukkan udang dan sotong. tunggu sampai daging ayam masak, masukkan sebiji tomato dibelah 4

  3. kemudian boleh masukkan lobak, bunga kobis dan putik jagunng. apabila dah masak sayur-sayur tu, masukkan batang saderi tadi dan sebiji lagi tomato yang dibelah 4 serta sebiji bawang besar yang dipotong bulat-bulat. masukkan juga cili padi.

  4. akhir sekali, masukkan air perahan limau nipis tadi ke dalam masakan. tunggu sampai mendidih. rasakan garam dan gula serta rasa masamnya. kalau tak cukup masam, tambahkan lagi air perahan limau nipis. tutup api dan boleh dihidangkan dengan nasi panas dengan telur dadar.. nyummy!!

Resipi berkaitanLihat Semua
Komen