Dihantar Oleh Pada 07 November, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: untuk hantaran @ hadiah. nak makan sayang sebab cantiq benar!
Description

puding untuk hantaran

Share:
Bahan-bahan
  • 60 g agar-agar (jalur)
  • 800 ml air
  • 20 gm gula batu
  • 850 gm gula pasir
  • 1 putih telur
  • pewarna merah, kuning , biru. lidi satay, pencucuk kecil berus warna
  • sedikit esen (kak pah suka esn ros je untuk apa-apa agar-agar. konsevatif gitu)
Cara-cara
  1. masak agar-agar dengan air sehingga hancur

    open-uri20151010-29872-xnx26c
  2. masukkan gula pasir dan gula batu, kacau berterusan .

  3. ambil sedikit larutan agar-agar ke dalam bekas lain untuk menyadur buah.

  4. pukul putih telur, masukkan kedalam larutan pertama, terus kacau di atas api perlahan untuk lebih kurang 5 minit. matikan api, ters mengacau sehingga agar2 hampir beku

  5. tuang agar-agar ke dalam acuan kecil dan besar mengikut jenis buah yang hendak dihasilkan, biar sejuk selama 8 jam.

  6. mulalah berkarya...ukir agar-agar menjadi bentuk yang diingini.

    open-uri20151010-29872-1y0oxx4
  7. warnakan, sejukkan selama beberapa jam lagi.

    open-uri20151010-29872-prldof
  8. panaskan semula agar-agar yang disimpan tadi. gunakan untuk mencelup agar-agar buah yang telah siap dibentuk dan warna

  9. *untuk pisang, cucukkan "buah pisang" di atas sikat pisang yang asli (buahnya kita makan, sikatnya guna utk gubahan hantaran ini)