Dihantar Oleh Pada 31 January, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1 family
Description

Resepi ni sedap sangat..masakan orang Jawa.

Share:
Bahan-bahan
  • 4 senduk nasi bawang besar (kisar)
  • 2 senduk nasi bawang putih (kisar)
  • 2 senduk nasi cili kering (kisar)
  • 1 inci halia (kisar)
  • 1/2 kilo santan
  • 5 batang serai (dititik)
  • 6 tangkai daun kari
  • Kicap (kalau boleh kicap manis)
  • 1 ekor ayam
Cara-cara
  1. Perap ayam dengan halia yang dikisar dan bawang bawang putih.

  2. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili. Biarkan garing dan naik bau.

  3. Masukkan ayam yang telah diperap dan biarkan sekejap.

  4. Masukkan santan, kicap, serai dan daun kari (kicap dibubuh sesedap rasa masin dan manis dan berwarna hitam pekat).

  5. Masak sampai empuk dan angkat.